Loading...
TR

'Berkira RM50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta sendiri'



Peraturan dan undang-undang jalan raya dilaksanakan bukan untuk membebankan pengguna, malahan untuk tujuan keselamatan dan juga kepentingan bersama. Begitu juga saman atau denda yang dikenakan ke atas individu adalah sebagai pengajaran untuk berfikir hak dan kepentingan orang lain.


Seperti kesalahan di tempat parkir, seringkali isu ini terjadi apabila ada pengguna yang meletakkan kenderaan sesuka hati. Lantas, cara untuk menyedarkan pengguna adalah dengan mengenakan pengapit atau clamp pada tayar pengguna. Kebiasaannya caj yang dikenakan untuk membuka kembali pengapit tersebut berjumlah RM50.


Namun demikian, tular video di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan seorang lelaki bertindak merosakkan pengapit tayar dengan sengaja biarpun tindakannya itu menyebabkan kenderaannya mengalami kerosakan.


Video berdurasi 45 saat itu memperlihatkan lelaki terbabit bengang dengan tindakan dua pengawal keselamatan yang mengenakan denda ke atasnya, lantas dia mengundurkan kereta jenis Honda CRV bersama pengapit kenderaan itu dan berlalu pergi.



Tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir netizen menyalahkan pihak keselamatan atas denda yang dikenakan. Namun, rata-rata netizen menyokong tindakan denda tersebut yang secara tidak langsung memberikan peringatan kepada orang ramai agar patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan.


Dalam pada itu, netizen berkata, perbuatan lelaki berkenaan bukan sahaja terpaksa mengeluarkan kos ganti rugi untuk kenderaannya, malah kemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh pihak keselamatan di situ atas kesalahan merosakkan pula pengapit kenderaan.


Kesimpulannya, setiap pengguna perlu mematuhi undang-undang tanpa mengira di mana jua mereka berada. Jangan disebabkan sifat ego yang tidak bertempat, nilai denda yang kecil akhirnya terpaksa dibayar dengan jumlah yang besar.


Sumber: Cringe Malaysian


About Cite Malaya

Powered by Blogger.