Loading...
TR

Anak tembak ibu kerana bengang disuruh berhenti main PUBG



Selain menghiburkan diri, bermain game juga dapat membuatkan pemainnya ketagih dan leka sehingga melupakan perkara-perkara yang wajib dilakukan. Bahkan di level yang lebih ekstrim, seseorang itu sanggup melakukan jenayah seperti membunuh. 


Seperti yang berlaku di Lucknow, India baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun nekad menembak mati ibunya kerana bengang disuruh berhenti bermainan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG). 


Suspek dikatakan begitu ketagih bermain PUBG dan disebabkan itulah dia berasa bengang ketika diminta oleh ibunya untuk bermain permainan itu. 


Suspek yang gagal mengawal emosi, nekad menembak ibunya menggunakan pistol milik bapanya yang merupakan pegawai tentera bertugas di Benggala Barat. 


"Remaja 16 tahun itu ketagih bermain game PUBG. Dia memberitahu kami, ibunya meminta dia berhenti bermain game dan itulah alasan yang dia gunakan untuk menembak ibunya," kata jurucakap polis. 


Selepas ditembak, suspek menyembunyikan mayat ibunya di dalam sebuah ruang di dalam rumah selama dua hari. 


Ketika kejadian itu berlaku, adik perempuannya berusia 9 tahun juga berada di rumah, sementara bapa mereka sedang bertugas di Benggala Barat.


Suspek turut mengugut adiknya untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa. Namun, bau mayat mangsa tidak dapat disembunyikan mula memenuhi kediaman mereka. Suspek akhirnya menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya. 


Suspek telah ditahan dan polis turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 


Di India, kes jenayah yang melibatkan permainan PUBG kerap terjadi. Sekitar awal tahun 2020, seorang remaja berusia 17 tahun dibunuh oleh rakannya sendiri kerana tidak membayar hutang 75,000 rupee yang dipinjam untuk membeli barang virtual dalam PUBG. 


Pada tahun 2019, seorang remaja berusia 17 tahun juga dilaporkan menghabiskan wang simpanan bapanya. Kegiatan itu dilakukan melalui  telefon bimbit bapanya yang dipinjam dengan alasan untuk mengikut kelas online. 


Selepas didapati menipu, remaja terbabit dipaksa bekerja di sebuah bengkel motosikal agar dia tahu erti penat lelah mencari wang. 


Sumber: Times of India

About Cite Malaya

Powered by Blogger.