Loading...
TR

Warga emas lakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing sampai mati, didakwa di mahkamah

Padah melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing minggu lalu, seorang warga emas berusia 63 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.


Foto tertuduh | Utusan Malaysia


Tertuduh, Janting anak Keling, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari. 


Mengikut pertuduhan, Janting dikatakan melakukan persetubuhan terlarang itu dengan seekor kucing sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati dalam kejadian yang berlaku di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, jam 4.30 pagi, 16 April 2022. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat. 


Timbalan Pendakwa Raya S Thivijya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Dan sekiranya mahkamah mahu menawarkan jaminan, pihak pendakwaan memohon nilai RM15,000 dikenakan terhadap Janting dengan seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran. 


Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana dia tidak bekerja. 


"Saya baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tiada pekerjaan. Saya juga menumpang di rumah anak perempuan," katanya. 


Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes. 


Sumber: Berita Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.