Foto Shahir Muhammad Shahir |
Seorang pemandu lori berusia 36 tahun dilaporkan maut dalam kemalangan yang membabitkan dua lori kontena, malam tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang berlaku di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Banting.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BPP (Andalas) kemudian dikerahkan segera ke lokasi kejadian.
Sebaik saja tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan dua lori kontena dan kemalangan dikatakan berlaku pada jam 11.34 malam, Jumaat, 15 April 2022.
Siasatan awal mendapati, kontena dari lori pertama terjatuh lalu merentangi jalan sebelum dilanggar lori kontena kedua yang datang dari arah bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori kontena kedua tersepit dan disahkan meninggal dunia. Pihak bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut. Manakala pemandu lori kontena pertama berusia 34 tahun hanya mengalami kecederaan.
Video di lokasi kejadian turut tular di media sosial dan lebih menyedihkan, perakam menangis mengatakan "Wan dah tak ada boss".
@takasakura_83 .dengar2 nk blik umh anak nye demam…kesian tgu2 ayah nye exsiden…alfatihah #pilotdarat ♬ original sound - Takasakura
Menurut sumber, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah berikutan anaknya mengalami demam. Namun, hasrat untuk bertemu dengan anaknya itu tidak kesampaian akibat kemalangan yang tidak dijangkakan itu.
Seorang lagi netizen, Rafael, mendakwa dirinya mengenali mangsa berkata, mereka sempat bergaduh dan dia langsung tidak menyangka itu kali itu kali terakhir dia berjumpa dengan mangsa.
"Bang, saya baru bergaduh dengan arwah ni semalam. Patut lain macam dia punya baran. Gaduh kat dalam yatt med2. Benda kecik jer. Semalam siap bergelut kejap di sana, tak sangka rupanya dia nak pergi. Memang lain macam muka arwah semalam. Matanya kuning," kata Rafael.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati dengan nasib mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber: Harian Metro, TikTok Takasakura_83