Loading...
TR

SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam projek bina jeti kayu belian RM50,000



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Bekenu, Miri, Sarawak, seperti yang didakwa di media sosial beberapa hari lalu. 


Sumber dari SPRM yang dipetik oleh Sinar Harian berkata, pakar mengesahkan kayu yang digunakan dalam projek bernilai RM50,000 juga adalah kayu belian yang asli.


Difahamkan, beberapa hari selepas tular projek pembinaan jeti itu di media sosial sehingga ada yang mempertikaikan kos pembinaannya tidak masuk akal dan terlalu mahal, SPRM Putrajaya telah mengarahkan SPRM Sarawak meneliti projek tersebut yang di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Cawangan Miri.


Hasil penelitian pihak berkenaan mendepati, tiada sebarang unsur rasuah atau penyelewengan yang berlaku dalam projek tersebut. 


Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang dihubungi media, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 


Ahad lalu, laman Facebook JKR Miri 'dihujani' pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan kos pembinaan jeti tersebut yang dianggap mahal. 


Namun, JKR Miri menjelaskan kos yang dikeluarkan itu adalah munasabah atas beberapa faktor utama seperti logistik dan keselamatan kerana sungai tersebut dipenuhi dengan buaya. Kayu belian yang digunakan juga dibeli dengan harga RM9,000 semeter, lebih rendah dari kadar harga pasaran.


Sumber: Sinar Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.