Beberapa hari yang lalu, seorang pendakwah bebas memuat naik status di Facebook memohon sumbangan orang ramai bagi membina kubah surau di Pusat Kecemerlangan As-Syafie.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah, kos pembinaan yang menelan belanja hampir setengah juta ringgit itu menjadi persoalan.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, pihaknya memerlukan kos sebanyak RM490,000 bagi membina kubah dengan keluasan 60 kaki x 60 kaki. Kutipan setakat yang dimaklumkan telah mencecah RM84,567.50.
"Ini adalah kos sebenar untuk pembinaan Kubah Surau Pusat Kecemerlangan As-Syafie. Sekarang dengan duit yang ada, kita bina kubah sementara dulu untuk menjadikan realiti surau dapat digunakan sebelum raya Haji ni.
"Jumlah kos sebenar untuk kubah dengan keluasan 60 kaki x 60 kaki adalah RM490,000, boleh lihat quotation yang diberikan. InsyaAllah sudah ada RM84,567.50.
"Siapa yang nak berwakaf untuk kubah tersebut, boleh transfer dalam akaun sekolah: Pusat Kecemerlangan Assyafie," demikian tulisnya pada status tular itu.
Bagaimanapun, kos belanja pembinaan itu dikatakan tidak masuk akal. Seorang netizen yang dikenali sebagai Hafiz berkata, dengan kos sebanyak itu mampu membina beratus-ratus pondok pelajar.
"Terkejut perut saya baca untuk buat kubah surau di sebuah pusat pengajian hampir setengah juta ringgit. Harga begini jika dibahagikan untuk pondok, boleh siapkan beratus-ratus pondok pelajar.
"Saya bimbang ini menunggang atas nama pusat pengajian untuk mengaut keuntungan masuk poket sendiri sahaja. Kubah bukan satu keperluan mendesak. Jika tiada kubah sekalipun, solat tetap sah. Tidak perlu membazir sumbangan orang ramai," ujarnya.
Netizen, Roman, turut mengambil contoh sebuah masjid di Dhaka yang tiada kubah. Masjid tersebut menang Aga Khan Award, iaitu anugerah untuk senibina yang memberi tumpuan kepada nilai-nilai Islam, sustainability dan conservation (kurang pembaziran).
Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini pernah mengulas mengenai isu pembinaan kubah berkata, sekiranya pembinaan kubah tersebut menelan kos seperti membina sebuah masjid, kubah itu tidak termasuk dalam wakaf masjid kerana benda itu di luar keperluan. Tidak boleh menggunakan duit wakaf untuk membuat perhiasan-perhiasan yang memakan harga yang begitu mahal.
Seorang lagi netizen, Azari Mat Yasir, yang pernah berkongsi mengenai pandangannya pada tahun 2021 bahawa masjid tidak perlu kubah, tidak perlu binaan yang gah dan kata-kata yang indah. Sebaliknya yang paling penting adalah fungsi.
"Ini masjid yang paling penting: Hati kita. Pakailah walau songkok dan tengkolok sebagai penutup kepala, kerana memakai kaffiyeh tidak menjadikan kita lebih islamik kalau perangai masih tak betul," katanya yang turut melampirkan beberapa gambar masjid binaan dalam negara dan luar negara tanpa kubah.
Hari tu aku ada kongsikan foto tentang Masjid Al-Irsyad Satya di Indonesia. Ada kawan2 yang kata tak minat dengan rekaan macam ni. Cara Indonesia buat masjid tanpa kubah, tak nampak Islamik.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Meh aku nak explain sikit: Masjid tak perlu KUBAH.
1/17 pic.twitter.com/r6UMEozhvE
Ramai yang masih lagi menganggap masjid PERLU ADA KUBAH, kena ada ukiran ayat2 Quran, barulah rasa macam masjid dan sebagainya. Sebenarnya, kat Malaysia pun ada aje masjid tanpa kubah. Ni di Johor Bahru. Bumbung cerun landai disorok di sebalik ornamen fasad.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
2/17 pic.twitter.com/COdrdHtlVo
Ini pulak di Cyberjaya. Bumbung meru (piramid) berlapis. Ini sebenarnya berasal-usul dari senibina masjid di Nusantara sejak beratus2 tahun dahulu. Ini kerana tukang2 kayu zaman dulu mengadaptasi teknologi sezaman untuk interpret senibina masjid dari Timur Tengah.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
3/17 pic.twitter.com/BpIt7tTtth
Ini juga di Cyberjaya. Masih ada elemen kubah kat sini, tapi ia dah dimodenkan menggunakan bentuk geometri. Ia nampak harmoni dengan corak geometri yang diaplikasikan di seluruh fasadnya.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
4/17 pic.twitter.com/g5UGCMhzWY
Betul ke masjid nusantara dulu2 takde kubah?
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Betul cu, ni contoh antara masjid tertua di Malaysia: Masjid Kampung Hulu di Melaka. Dibina 1728. Pernah pergi? Sekarang masih teguh berdiri.
5/17 pic.twitter.com/RvWMlIW8jp
Nak lagi tua? Nah ni Masjid Kampung Laut di Kelantan. Dibina sekitar kurun ke-15. Pernah rosak kerana banjir dua kali. Lepas tu diangkat dan dipindahkan oleh rakyat setempat untuk menyelamatkannya.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Tak berat ke angkat masjid? Angkat dosa lagi berat, bro.
6/17 pic.twitter.com/yL9ryJcHRG
Masjid An-Nur Peringgit, Melaka. Binaan asal 1726, tapi roboh dan dibina semula pada 1868. Pun tak ada kubah.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
7/17 pic.twitter.com/8rWjrpbIDe
Memang kubah dah jadi sinonim kat dunia melambangkan senibina masjid dan Islam. Tapi ia bukan satu2nya identiti senibina Islam.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Di Muar, Masjid Jamek ini menggunakan senibina neo-klasikal. Takde kubah juga.
9/17 pic.twitter.com/7ETVotBZTU
OK kembali ke zaman sekarang: Banyak sebenarnya masjid di Malaysia yang tak pakai kubah pun. Jadi tak patut timbul isu "masjid tanpa kubah tak nampak Islamik". Ni Masjid Negeri, NS.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Tau tak betapa susahnya nak figure out bumbung melengkung 9 sudut tu tanpa AutoCAD?
10/17 pic.twitter.com/UxlnElpMrB
Dan takkan korang tak pernah nampak Masjid Negara, kan? Mana kubahnya? TIADAAAAA!
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Tahukah anda, dalam dunia senibina, bumbung piramid berlipat ni sangat unik dan memang jadi sebutan ramai? Korang je yg tak appreciate haha!
11/17 pic.twitter.com/4XvZKkxaM0
Kita ke UK pula. Ini di East London. Jangan risau, dia takde kubah bukan kerana ada sentimen anti-kubah atau anti-Islam di UK. Banyak aje masjid berkubah merata2 di UK tu.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Ini adalah design yang disengajakan.
12/17 pic.twitter.com/KDYaMvLBVH
Kembali ke Indonesia, masjid di Jawa Barat. Sungguhpun Zaha Hadid mungkin meronta2 kat dalam kubur dia melihat deconstructivism ditunggang sebegitu rupa, tapi kita patut respek cubaan berani dari arkitek ini! :D
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
13/17 pic.twitter.com/BmOEh4lK2I
Di Pakistan, bayangkan berapa ramai jemaah yg boleh memenuhi masjid ini? Pakailah teknologi yg ada sebaiknya - konkrit, space frame, pneumatic air-bubble structure dan sebagainya.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Islam tak mengongkong imej dan identiti.
15/17 pic.twitter.com/5MJALaghdx
Masjid Agadez di Niger, berumur lebih 500 tahun, sezaman dengan umur Melaka. Masih terus berdiri. Masih terus berfungsi. Tak terkejar2 identiti.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
16/17 pic.twitter.com/BnkltNExAE
Ini masjid paling penting: Hati kita. Ia tak perlukan binaan yang gah dan kata2 indah. Yang penting fungsi.
— Azari Mat Yasir (@azarimy) September 12, 2021
Pakailah walau songkok dan tengkolok sebagai penutup kepala, kerana memakai kaffiyeh tak menjadikan kita lebih Islamik kalau perangai masih tak betul!
17/17 end. pic.twitter.com/D3PGpuk3BW
Sumber: FB Hafiz Adnan, Twitter Roman Akramovich, Dr MAZA, Twitter Azari Mat Yasir