Menurut data kajian, akhir tahun 2018 merupakan titik kejatuhan saham dan pelaburan Netflix. Syarikat penstriman itu dilaporkan mengalami kerugian dari aspek jumlah pembeli sejak 2015. Untuk suku 2022, Neflix kehilangan 200 ribu pelanggan.
Salah seorang CEO Netflix dalam satu sidang video untuk pemegang saham ada menyentuh tentang solusi yang sedang dipertimbangkan pihak mereka untuk menawarkan Netflix pada kadar yang lebih rendah, tetapi akan diselitkan dengan iklan di dalamnya.
Netflix juga mendapati, amalan berkongsi akaun di kalangan penggunanya menjadi faktor utama mereka tidak mendapat pelanggan baharu.
Laporan itu mengundang kebimbangan penggunanya yang mengancam mahu menamatkan langgan sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak.
"Memang aku terminate langgan Netflix kalau dah beriklan bagai. Dah serupa dengan platform YouTube yang free tu. Sudahlah kita bayar, dia nak letak iklan lagi?" kata Mary.
"Netflix sekarang pun tak ada cerita yang best sangat dah pun. Kalau nak buat iklan bagai, lagilah orang tak nak subscribe. Kemudian, banyak promote filem-filem berunsurkan LGBT. Elok bungkus sajalah. Sudahlah mahal harga langganannya dari plafform lain," kata Anonymous.
Sumber: The Verge, Astro Awani