Loading...
TR

Viral produk makanan 'Sotong Ring' didakwa dibuat dari dubur babi, Jakim & the geng nak siasat


Kecoh di media sosial mengenai produk makanan dikatakan diperbuat daripada dubur babi, menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 


Awalnya, pengguna Twitter Qilazali memuat naik gambar screenshot info yang diterima di WhatsApp ibunya yang mengatakan produk makanan itu yang mempunyai logo Halal, diperbuat dari dubur babi. 


"Nak share info, ini adalah dubur babi. Nampak macam sotong, ring dia besar dan putih. Kalau sotong ada titik-titik. Takut terbeli, sekilogram kat Perlis RM7.90. Kat KL RM11. Tapi dalam plastik, so kawan-kawan tak berani beli. Pandai depa letak tanda halal," kata Ari Rusila, penyebar info tersebut. 


Foto - Twitter Qilazali


Bertambah parah apabila mesej yang sama turut disebarkan ke group WhatsApp lain dan ditokok tambah dengan kata-kata yang boleh mencetuskan kebimbangan pengguna beragama Islam. 


"Mengerikan kalau nak makan sotong celup tepung sekarang terutamanya di kedai tom yam siam sebab mereka banyak barang-barang frozen di kedai cina," kata Hajjah Rahana. 


Foto - Twitter Buttercake


Bagaimanapun, netizen menasihatkan orang ramai tidak mudah terus percaya dengan info tersebut. Sebaliknya, siasat dan cari maklumat mengenai produk itu sebelum terus mempercayainya. 


Atas inisiatif sendiri, ada netizen yang menghubungi pengiktiraf logo halal pada produk itu melalui emel. Maklum balas yang diterima, pihak Shandong Halal Certificate Service (Badan Pensijilan Halal diiktiraf JAKIM)  mengesahkan, produk tersebut didaftarkan oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co. Ltd. Produk sejuk beku yang ditularkan itu juga adalah gegelung sotong.


Foto - Portal Rasmi Halal Malaysia


Foto - Twitter @hayeorieee


Foto - Kashoorga.com


Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum mengenai penularan info tersebut dan akan menjalankan siasatan. 


Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan keadaan. Sebaiknya menunggu hasil siasatan yang akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. 


Sumber: Twitter Qilazali, Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.