Loading...
TR

Rider patah leher, retak kepala gara-gara driver Myvi tukar lorong secara tiba-tiba



Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku pada jam 2.07 petang Jumaat di MRR2 Ampang, simpang PPR Hiliran. 


Menurut sumber, mangsa mengalami pendarahan di kepala, patah leher dan retak tempurung kepala akibat dari kejadian itu. 


Berdasar video yang tular di media sosial, mangsa menunggang di lorong tengah dan setibanya di lokasi, sebuah kereta Perodua Myvi berada di lorong kanan secara tiba-tiba masuk ke lorong tengah dan dipercayai mahu terus masuk ke lorong kiri. 


Tindakannya itu pemandu yang cuai itu telah menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh. 


Sumber berkata, pemandu Myvi berkenaan membuat laporan polis dan mengatakan dia bertindak menukar lorong secara tiba-tiba kerana terkejut ada sebuah kereta memotongnya di hadapan. 


Bagaimanapun dalam video tular itu tidak kelihatan langsung kereta yang dimaksudkannya itu. 


Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk memberi maklumat kepada Pijo di talian 014-5169625 bagi membantu siasatan. 



Sumber: Hamirul Hafizul

About Cite Malaya

Powered by Blogger.