Loading...
TR

Kerajaan laksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan mulai 1 Mei, tetapi majikan swasta tidak bersetuju dengan alasan tidak adil

Foto Borneo Post Online


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei, yang hanya membabitkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima pekerja ke atas. 


Bagaimanapun katanya, pelaksanaan gaji minimum terhadap gerai dan restoran di kampung akan ditangguhkan sementara waktu memandangkan pelaksanaan tersebut dilihat tidak wajar. 


"Setakat 1 Mei ini adalah untuk syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.


Bagaimanapun, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (myBHA) tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana disifatkan tidak adil kepada pengusaha industri perhotelan yang ketika ini bergelut dalam proses pemulihan akibat pandemik Covid-19. 


"Pengumuman itu secara langsung meningkatkan kos operasi perniagaan. Langkah yang boleh dambil oleh pengusaha perhotelan adalah dengan menaikkan harga jualan suatu perkhidmatan atau produk. Ia juga akan membebankan pengguna.


"Pihak majikan juga akan terpaksa memberhentikan atau mengurangkan pekerja sedia ada atau tidak menagmbil pekerja tambahan. Perkara ini akan menaikkan kadar pengangguran negara," kata Timbalan Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel. 


Justeru, MyBHA menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum itu sehingga suatu mekanisme yang teratur diwujudkan. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.