Bermula Sabtu hingga Ahad ini, sebanyak 16 kawasan di Seberang Perai Selatan akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam.
Gangguan bekalan air itu akan bermula pada jam 10 malam Sabtu sehingga jam 10 pagi Ahad ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, gangguan bekalan air itu adalah susulan dari pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Bukit Panchor dan pengalihan paip di Jalan Bukit Panchor.
Kawasan di sekitar Pekan Nibong Tebal juga akan mengalami masalah tekanan air rendah.
Antara kawasan yang terjejas adalah seperti berikut:
- Jalan Bukit Panchor
- Transkian
- Permatang Tok Mahat
- Jalan Sempadan
- Sungai Acheh
- Sungai Udang
- Klinik Kesihatan Bukit Panchor
- Klinik Kesihatan Nibong Tebal
- Klinik Kesihatan Sungai Acheh
- Balai Bomba Nibong Tebal
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Kampung Teluk
- Sungai Buaya
- Kampung Sungai Kechil
- Kampung Besar
- Perda Tech
Lebih kurang 15,785 akaun pengguna akan terjejas dan PBAPP menasihatkan para pengguna di kawasan terjejas menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan itu berlaku.
Sumber: Harian Metro