Activision mengumumkan pihaknya kini sedang menyiapkan permainan Call of Duty: Warzone versi mobile yang akan hadir di platform iOS dan Android tidak lama lagi.
Call of Duty: Warzone merupakan game battle royale free-to-play yang dikembangkan oleh Raven Software dan Infinity Ward, dikeluarkan pada tahun 2020 bagi versi PC, XBOX Series X/S, PS4 dan PS5.
Call of Duty: Warzone Mobile yang akan dikeluarkan tidak lama lagi adalah berbeza dengan semua versi di atas di mana mereka akan menampilkan gaya permainan dan grafik game yang berkelas AAA.
"Kami menciptakan pengalaman mobile AAA, serba baru dan menjadikan Call of Duty: Warzone lebih mendebarkan dan lancar kepada para gamer di mana-mana saja," kata kenyataan Call of Duty pada Rabu, 16 Mac 2022.
Semenjak dikeluarkan, Call of Duty: Warzone telah meraih lebih dari 100 juta pemain hanya dalam masa setahun. Biarpun begitu, ini tidak bermakna permainan ini bebas dari pemain yang gemar bermain secara curang.
Mei 2021 lalu, Activision telah menyekat akaun pemain yang didapati bermain secara curang dan hasilnya sebanyak 500 ribu akaun telah disekat kerana melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.