Loading...
TR

(Video) 'Nak kami minta bantuan dari gereja ke, baru nak datang bagi bantuan?' - Anak kecewa, 2 tahun berusaha dapat bantuan untuk ibu OKU tetapi pihak terbabit kata borang permohonannya hilang


"Kalau dah viral barulah nak datang," demikian kata wanita yang dikenali sebagai Dyana Mohammed atau Kak Yana meluah rasa kesalnya terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan Lembaga Zakat Perak yang didakwa sukar menyalurkan bantuan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. 


Menurut Kak Yana, dia sudah cuba memohon bantuan untuk ibunya (OKU) daripada dua entiti tersebut sejak dua tahun lalu. Tetapi harapan peniaga burger itu untuk mendapatkan bantuan tersebut hancur berkecai kerana birokrasi yang ditonjolkan oleh pihak berkenaan.


"Kak Yana kecewa sangat, dua tahun saya memperjuangkan untuk mendapat bantuan ibu saya. Mereka memang banyak sangat alasan. Ibu saya memang strok terlantar, dia memang tak boleh bergerak. 


"Saya dah hantar borang dua kali untuk JKM Perak. Kali pertama, JKM kata borang itu hilang tahun lepas. Jadi, saya usahakan lagi untuk kali kedua permohonan bantuan OKU terlantar. Ini digunakan untuk pembelian pampers, susu dan barang kelengkapan yang diperlukannya. 


"Betapa susahnya kami nak minta bantuan dengan kerajaan ini. Selepas satu demi satu dokumen yang mereka nak, jumpa penghulu, macam-macam kami dah pergi. Cakap sajalah apa saja yang kami tak cuba untuk mendapatkan bantuan ini. Kenapa susah sangat nak bagi? Kami bukannya nak guna duit itu sewenang-wenangnya. 


@dyanamohammed3 saya merayu sgt korang utk #bantu #share #video sehinga #pihak #jkm #jkmmalaysia #zakat nmpak #kesusahan kami nie .tq #fyp #fypシ ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio


"Saya berniaga burger, bukannya selalu boleh mendapat hasil yang banyak. Nak mendapat hasil RM50 sehari pun susah, sudahlah kena menyara enam orang anak. Saya tak faham betul, kalau dah viral barulah nak datang. Lembaga Zakat pun suruh kami tunggu, nak kami tunggu berapa lama lagi? 


"Nak kami minta bantuan di gereja ke barulah nak datang bagi bantuan? Tak fikir ke kami turun naik, disuruh dapatkan cop, kami usahakan. Senang je mereka cakap borang itu hilang. Tahu tak betapa susahnya kami pergi dapatkan semua itu? 



"Saya minta bantuan semua orang tolong share video ini agar JKM dan Lembaga Zakat nampak kesusahan kami ini," katanya. 


Sumber: TikTok Dyana Mohammed

About Cite Malaya

Powered by Blogger.