Loading...
TR

'Kalau bagi RM2 juta, saya baliklah' - Muhammad Sajjad tuntut RM2 juta kalau nak dia balik + nafi dirinya bankrupt


Lelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menjadi buruan pihak berkuasa sehingga memaksa dia lari ke negara lain, baru-baru ini mengemukakan syarat kepada sesiapa yang mahukan dia pulang semula ke Malaysia perlulah membayar RM2 juta. 


Menurut Muhammad Sajjad yang berperwatakan wanita itu berkata, dia sudah kehilangan segala-galanya di Malaysia dan tiada sebab dia nak kembali ke tanahair. Namun keputusan itu boleh berubah jika ada individu atau pihak yang sudi menghulurkan RM2 juta kepadanya. 


"Kalau saya balik Malaysia, apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa. 


"Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia. Kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa? Tak naklah. 


"Di sini (Australia) macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik? Kenapa you all nak saya balik sangat?


"Kalau saya balik, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ini. Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam berlaku di Malaysia tu, orang cakap disebabkan salah saya. 


"Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya. 


"Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak. Ini aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlekehkan lagi," katanya. 


Untuk pengetahuan, Muhammad Sajjad sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana menghina sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. Bagaimanapun, dia melarikan diri ke Thailand sebelum mendapat suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober lalu. 


Dalam kes terbaru, Muhammad Sajjad dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan maklumat kad pengenalan dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini. Jika gagal hadir, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya. 


Muhammad Sajjad juga menafikan dirinya muflis seperti yang dilaporkan media tempatan tahun lalu. Dia juga tampil mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang membuktikan dirinya bukan individu berstatus muflis.


"Berlambak orang fitnah kata saya sudah bankrupt bagai. Siapa kata saya dah brankrupt semua. Kamu semua hadamlah yang mengata saya bangkrupt itu!


"Tidak akan aku ampunkan! Sebab dari mulut kamu semua ke mulut, kamu yang mendapat dosa! Amin. Walaupun saya dah tinggal di luar negara, Nur Sajat All Kinky masih berstatus orang berada ada okey," katanya. 



Sumber: MalaysiaKini, Utusan Malaysia, IG Muhammad Sajjad

About Cite Malaya

Powered by Blogger.