Loading...
TR

'Anak saya mati akibat difitnah' - Pelajar mati gantung diri, alami tekanan melampau selepas difitnah mahu pegang dada gadis ketika tidur


Seorang pelajar berbakat dalam bidang muzik menggantung diri selepas dia difitnah oleh rakan-rakannya yang mendakwa dia meminta untuk menyentuh payudara seorang gadis semasa tidur. 


Akibat fitnah tidak berasas itu, Max Thurnell-Read, 15, telah disiasat oleh polis. Tetapi polis kemudian mengesahkan remaja itu tidak bersalah dan aduan itu digugurkan. 


Malangnya, Max terpaksa berdepan dengan fitnah berterusan dari pelajar The Arnewood School, New Milton, Hampshire, di media sosial selain menerima mesej-mesej berbaur penghinaan terhadapnya. 


Dalam prosiding inkues kematian Max, ibunya, Tracy Stevens, menangis teresak-esak memberitahu yang anaknya takut pergi ke sekolah disebabkan tekanan yang tidak sepatutnya berlaku itu. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Max membuat keputusan drastik dengan mengambil nyawanya sendiri.


Tracy berharap mana-mana pelajar yang terbabit dalam fitnah itu termasuk yang menghantar mesej caci maki terhadap anaknya sedar akan kesan daripada kata-kata mereka, sedangkan anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa. 


Sebulan sebelum kejadian, Max memberitahu doktor bahawa dia sangat lemah dan dia bukan 100 peratus dirinya sendiri. Sejam sebelum kematiannya, Max sempat bergurau-senda dengan bapanya, Johnathan Thurnell-Read. 


Pasangan itu kemudian menemui Max tidak sedarkan diri di bilik tidurnya pada 4 Mei 2021. Selama 10 minit Johanthan cuba menghidupkan Max sebelum ambulans tiba di kediaman mereka. Paramedik kemudian mengesahkan Max telah meninggal dunia di Hospital Besar Southampton, Hampshire. 


Sementara itu, gurunya, Michael Biles berkata, Max adalah pelajar cemerlang dan jenis pelajar yang guru inginkan di dalam kelas. Tetapi Max menarik diri selepas difitnah rakan-rakannya sehingga berasa malu untuk menjejakkan kaki ke sekolah.


Sumber: Daily Star

About Cite Malaya

Powered by Blogger.