Loading...
TR

'Seronok ternak lembu baka, boleh jual dengan harga tak masuk akal' - Anak muda jual 2 ekor lembu sado RM85,000!


Kita lupakan seketika isu viral di Langkawi mengenai menu ikan Siakap yang dikatakan mencecah ribuan ringgit. Kita beralih pula ke negeri Kelantan yang berkongsikan kisah anak muda yang menternak lembu sado jenis baka Charolais. 


Aktiviti penternakan itu dikatakan sangat berbaloi kerana memberikan pulangan yang menguntungkan. Harga untuk dua ekor lembu sado itu boleh mencecah sehingga RM85,000. Disebabkan itu juga, ramai anak muda teruja untuk menternak haiwan itu.


Ahmad Abqari Mat Arriffen, 27, pemuda yang berasal dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan aktif menternak lembu baka itu sejak tahun 2015. Dia kini sudah mempunyai tujuh ekor lembu baka Charolais di mana setiap ekor lembu diternak beratnya antara 700 hingga 800 kilogram. Selain itu, ada dua ekor lembu mempunyai berat bawah 300 kilogram.


Beliau juga berkongsikan rahsia bagaimana penjagaan lembu sado tersebut. Walaupun kos melibatkan penjagaan dan makanan lembu ini mahal, tetapi berbaloi apabila lembu diternak dijual harga tinggi melambung.


"Rahsia lembu gemuk dan besar kerana saya bagi kerap makan pada waktu malam. Seronok menternak lembu baka kerana boleh dijual pada harga tinggi malah boleh mencapai harga yang tidak masuk akal," katanya.


"Harga lembu yang saya ternak dijual pada harga RM10,000 ke atas dan rekod jualan tertinggi ialah RM16,500 seekor.


"Lembu Charolais itu dibeli oleh seorang penternak lain di Terengganu. Kemudian penternak itu menjual semula dengan harga RM24,000 seekor untuk dikorbankan pada Aidiladha baru-baru ini.”


Jenis lembu baka elit seperti Charolais, Limosin, Belgian Blue, Aubrac, Blonde, Angus dan terbaharu, Indra antara paling digemari penternak di negara ini. Baka Limosin dan Charolais baka digemari di Kelantan dan Terengganu kerana harganya melambung tinggi.


Beliau membelanjakan RM 1,200 sebulan untuk membeli dedak dan RM150 sebulan memberi pelbagai jenis vitamin untuk ternakannya bagi mengelakkan dijangkiti penyakit dan menambah selera makan.  


"Saya membelanjakan RM1,200 sebulan untuk membeli dedak yang dijadikan makanan lembu itu. Rumput minyak saya tanam sendiri di kawasan lapang berdekatan kandang sebagai makanan sampingan," katanya.


Menurutnya juga, lembu baka makan mengikut jadual ditetapkan sejak berusia empat bulan.


"Saya juga mandikan lembu pada jam 9 hingga 10 pagi dan memberi makan dedak pada jam 12 tengah hari, diberi rumput pada waktu petang dan malam bagi semula dedak," katanya.


Sumber: Berita Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.