Loading...
TR

'Kita makan najis lembu maka badan, fikiran & jiwa kita jadi suci' - Doktor pakar kanak-kanak saran makan najis lembu


Doktor Manoj Mittal, pakar kanak-kanak dari Haryana, India mencetuskan kontroversi di media sosial selepas muncul di hadapan kamera memuji kebaikan memakan najis lembu sambil menjamah najis haiwan itu. 


Amalan perubatan tradisional di India telah lama mempromosikan najis lembu sebagai ubat, bahkan ada yang mendakwa amalan itu boleh mengelakkan terkena penyakit seperti kanser dan Covid. Tetapi amalan ini tidak dipercayai oleh doktor termasuk pelatih perubatan yang umumnya percaya pada perkara seperti sains dan ujian klinikal. 


Manoj Mittal, dari daerah Karnal di Haryana mungkin berkecuali dalam hal ini. Dalam video viralnya baru-baru ini, Manoj dilihat menggigit sekeping tahi lembu dan memuji manfaatnya pada tubuh, minda dan jiwa manusia. 


"Setiap bahagian dari najis lembu itu sangat berharga untuk manusia. Lihat, jika kita makan najis lembu, maka badan, fikiran dan jiwa kita menjadi suci. Apabila ia memasuki badan kita, ia akan menyucikan badan kita," katanya. 


Pakar kanak-kanak itu menambah, ibunya pernah berbuka puasa dengan memakan najis lembu dan wanita yang mengamalkan amalan itu tidak lagi memerlukan pembedahan caesar ketika melahirkan anak.


Dalam video itu, Dr. Manoj Mittal boleh dilihat mengutip ketulan najis lembu dan dengan santai memakan kepingan najis lembu tersebut seperti roti. 



Di media sosial, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji Manoj kerana mempromosikan amalan perubatan tradisional India dan tidak kurang juga meminta dia berhenti menyebarkan amalan yang tidak mendatangkan manfaat itu. 


"Majlis Perubatan India harus mengambil perhatian tentang perkara ini dan membatalkan lesen profesiona perubatannya. Sebagai pakar pediatrik, dia tidak sepatutnya menyebarkan amalan yang tidak baik untuk kanak-kanak yang tidak bersalah," kata netizen. 


Sumber: Oddity Central

About Cite Malaya

Powered by Blogger.