Loading...
TR

Gile ke? Sampai hati kau ketuk orang macam tu sekali' - Lagi pelanggan dakwa terjerat dengan harga ikan siakap RM1,738.70 di Langkawi


Semalam tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai bil makanan yang diterima di sebuah restoran makanan di Pulau Langkawi. Sangkaan lelaki tersebut jumlah bayaran mungkin hanyalah beratus ringgit memandangkan dia memesan ikan siakap untuk dimakan seramai enam hingga tujuh orang. Namun, apa yang mengejutkan bil yang diterima adalah berjumlah RM1,852.50.


Perkongsian tersebut mengejutkan netizen dan mengatakan jumlah tersebut tidak masuk akal. Rentetan dengan perkongsian itu, seorang wanita yang dipercayai wakil restoran tersebut tampil memberi penjelasan dan dengan menyatakan pelanggan tersebut telah diberikan penerangan mengenai ikan siakap itu.


Namun begitu, rupa-rupanya bukan hanya lelaki berkenaan yang ‘terjerat’ dengan harga 'pergi haji balik hari' itu, malahan seorang wanita turut tampil mendedahkan perkara yang sama terjadi kepadanya. 


Seperti perkongsian lelaki tersebut juga, wanita ini mengatakan percutian mereka ke pulau peranginan itu sangat menarik dan indah. Tetapi keadaan mula berubah setelah mereka berkunjung ke restoran tersebut di mana dia dan keluarganya dikenakan caj RM1,738.70.


“Brader bot singgah dekat restoran terapung Kilim nak ambil kulit ayam untuk eagle feeding. Sis tanya dia, balik nanti kalau nak singgah makan sini boleh ke? Sebab macam menarik je, situ siap ada sangkar ikan. Ikan GT besor-besor, siakap, kerapu. Ingatkan tu untuk show semata-mata, rupanya diorang sembelih orang dengan ikan-ikan tu!!!”


Pada waktu itu, pengadu memesan makanan seperti kebiasaannya untuk sepuluh orang. Dia sudah menyoal pekerja restoran mengenai timbangan ikan berserta harga. Di menu juga tertera harga ikan siakap RM18 untuk 100 gram. Dia kemudian memesan dua ekor ikan dan terkejut bila hidangan sampai, ikan tersebut beratnya hampir enam kilogram.


“Dalam menu tu ada la tulis RM18 dekat tepi-tepi ikan tu. Sis tanya apa ni? Dia cakap harga 100g ikan. So sekilo dlm RM180. Ok la, weolls order dua ekor ikan. Dia cakap ikan siakap tu besar, oklah kan untuk 10 orang makan. Tetapi dia tak cakap besar ikan itu hampir enam kilogram!!! Aku ingat standardlah ikan besar dalam 2 kilogram seekor. Macam kita dok makan dekat KL nun.”



Jelas pengadu, perkongsian itu bukan berniat hendak menjatuhkan perniagaan orang Melayu tetapi sebagai peringatan dan juga berjaga-jaga. Sebagai peniaga katanya, perlulah memaklumkan terlebih dahulu harga kepada pelanggan akan menu-menu yang disediakan. Dia juga telah melaporkan isu ini kepada pihak yang berwajib dan dikatakan pihak berkenaan iaitu KILIM akan mengambil tindakan.


“Tambah lagi drama, kitorang dah buat report juga. And happen to be kawan weolls kenal someone yang berkerja dengan KILIM. They will take action dekat kedai tu. Tunggu ya korang. Sis takkan meratap nasib free je. This will give bad reputation to Langkawi. So lepas dengar yang they will take action, sis rasa lega. Berharap jugak weolls dapat balik Rm1700 tu.”


Sumber: Facebook Lyza Saat

About Cite Malaya

Powered by Blogger.