Loading...
TR

Bapa bunuh teman lelaki anaknya & sumbat mayat dalam beg selepas mendapati dia menjual anaknya kepada kumpulan pemerdagangan seks


Seorang bapa membunuh teman lelaki anak perempuannya yang berusia 19 tahun dengan menikamnya berulang kali sebelum mayatnya disumbat dalam beg, selepas mendapati lelaki itu telah menjual anaknya kepada kumpulan pemerdagangan seks, dedah pegawai penyiasat. 


John Eisenman, 60, didakwa dengan pembunuhan tahap pertama dan ditahan dengan bon $1 juta di Penjara Spokane County di Washington. 


Mayat Aaron Sorenson yang mereput ditemui di dalam bagasi di sebuah kereta yang ditinggalkan di East Everett Avenue di Spokane bulan lalu di mana pihak polis percaya dia telah dibunuh pada November tahun lalu. 


Difahamkan, pada Oktober tahun kejadian, Eisenman mendapati anak perempuannya yang masih remaja telah dijual kepada kumpulan pemerdagangan manusia (seks) di Seattle oleh Sorenson dengan harga $1,000. Dia kemudian menyelamatkan anaknya dan membawanya kembali ke Spokane pada bulan yang sama. 


Eisenman kemudian mendapat tahu Sorenson akan berada di Airway Heights, lalu pergi ke lokasi untuk menunggu kedatangan remaja lelaki berusia 19 tahun itu. 


Semasa berdepan dengan Sorenson, Eisenman telah menculik remaja berkenaan dan diikat lalu disumbat ke dalam bagasi di bonet kenderaan. Eisenman menyerang mangsa dengan memukul kepalanya menggunakan objek tumpul sebelum ditikam bertubi-tubi yang menyebabkan kematiannya. 


Selepas pembunuhan itu, Eisenman memandu kenderaan itu ke sebuah kawasan terpencil di Daerah Spokane utara dan meninggalkan kereta itu dengan mayat Sorenson masih di dalam sehinggalah bulan lalu mayatnya ditemui oleh orang awam. 


Penemuan mayat mangsa membawa kepada penahanan Eisenman. Semakan rekod mendapati, Eisenman tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak melawan ketika ditahan. 


Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.