Loading...
TR

'Sekali lagi saya digugurkan dari job kerana SOP MKN' - Rita Rudaini kesal namanya digugurkan dari job yang dah lama confirm


Awal September 2021, pelakon sensasi Rita Rudaini mendedahkan dia tidak kisah sekiranya namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod gara-gara berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


Rita yang sentiasa bersangka baik ke atas apa yang berlaku juga percaya bahawa rezekinya ditentukan oleh Allah SWT. 


Namun baru-baru ini, Rita melalui Instagram meluahkan perasaan kesalnya apabila namanya sekali lagi digugurkan hanya kerana prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa mendiskriminasikan dia yang berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


"Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama confirm hanya kerana 'SOP MKN'. SOP diskriminasi, kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama saja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi, apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang (dah lengkap) vaksin pun boleh jadi pembawa? Apa bezanya? 


"Okay, bezanya memang nak 'paksa' walaupun kata 'tak wajib'. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Kepada FINAS, tahniah korang memang buat 'kerja' dari dulu hingga sekarang. Tolong anak-anak seni dalam kesusahan dan macam-macma lagilah. 


"Ada pihak tawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk mudahkan bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas, tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ini, Allah SWT yang pegang," katanya. 


Selain itu, Rita juga menganggap apa yang berlaku mungkin merupakan satu ujian kesabaran buat dirinya sama ada dia mampu atau tidak mengharungi ketentuan itu. 


Bercakap mengenai soal rezeki, Rita berkata dia selama ini tidak pernah berkira dengan mana-mana stesen TV atau produksi. Malah kerap memudahkan kerja orang lain dan tidak membuat sebarang tuntutan bagi hal-hal remeh kerana konsep amal jariah yang diamalkannya. 


"Saya tidak pernah berkira dengan stesen TV atau produksi untuk promote cerita hingga selesai walaupun tanpa bayaran. Kenapa time promote tak ada diskriminasi? Saya buat juga untuk memudahkan kerja orang lain. 


"Sejak dari awal dulu saya berlakon, saya tidak pernah claim duit tol atau mintak atau parking sebab saya jadikan itu amal jariah saya, prinsip saya, kerja dengan ikhlas dan amanah walaupun sikit atau banyak. Jangan berkira sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing," katanya. 



Sumber: Instagram Rita Rudaini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.