Loading...
TR

3 kanak-kanak dicabul lelaki di tangga flat Sri Damansara


Seorang lelaki yang usianya sudah hampir mencium bau-bau tanah disyaki mencabul tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan di sebuah flat Sri Damansara di Petaling Jaya. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, aksi jijik suspek berusia 53 tahun itu sempat dirakam salah seorang penduduk di kediaman itu. Bapa kepada salah seorang mangsa yang mengetahui kejadian tersebut terus membuat laporan polis pada jam 5 petang Khamis, 28 September 2021. 


Menurut pengadu berusia 39 tahun itu mendakwa, anaknya berusia tujuh tahun dicabul di tangga flat didiaminya. Mangsa dipeluk dan diperlakukan dengan perbuatan yang tidak senonoh. Nasib buruk yang menimpa mangsa hanya diketahui selepas pengadu melihat rakaman video berdurasi 19 saat yang ditunjukkan pengerusi persatuan penduduk. 


Siasatan awal mendapati, suspek memberikan alasan datang ke kawasan perumahan itu untuk mencari rakan lama. Suspek kini direman sehingga 5 Oktober depan untuk membantu siasatan lanjut. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.