Loading...
TR

'Saya gigit dia berulang kali' - Bengang dipatuk, lelaki gigit ular berbisa sampai mati


Kebiasaannya apabila seseorang itu dipatuk ular, sudah tentu mangsa akan segera mencari bantuan perubatan. Tetapi tidak bagi lelaki berusia 45 tahun dari India ini. 


Lapor India Today, Kishore Badra dari perkampungan di Gambharipatia di Odisha Jaipur, dia bukannya terus pergi ke hospital selepas dipatuk ular berbisa. Sebaliknya dia membalas dendam terhadap haiwan itu dengan menggigit ular tersebut bagaikan tiada hari esok. 


Difahamkan, kaki Badra dipatuk ular semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai mengerjakan sawah padi pada Rabu, 11 Ogos 2021. Badra sempat menangkap ular tersebut dan menggigitnya berulang kali sehingga mati. 


"Ada sesuatu yang mematuk kaki saya semasa pulang ke rumah semalam. Saya buka lampu suluh dan ternampak ular berbisa. Nak balas dendam punya pasal, saya tangkap ular itu menggunakan tangan kosong dan gigit dia berulang kali sampai mati," katanya. 


Selepas kejadian itu, Badra pulang ke rumahnya dengan bangkai ular berbisa itu dan memaklumkan kepada isterinya mengenai kejadian tersebut. Beberapa penduduk kampung menasihatkan Badra untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital berdekatan, tetapi dia enggan berbuat demikian dan hanya mahu mendapatkan rawatan tradisional. 


Badra mendakwa dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan dari patukan ular itu dan rawatan tradisional telah berjaya menyembuhkannya. 


Sumber: India Today

About Cite Malaya

Powered by Blogger.