Loading...
TR

Enam mayat separuh bogel ditemui tergantung di jambatan di bandar dikuasai oleh kartel


Enam mayat ditemui dalam keadaan tergantung separuh bogel di sebuah jambatan di Zacatecas, Mexico utara pada Khamis, 12 Ogos 2021, dipercayai berkaitan dengan kegiatan kartel dadah di daerah tersebut. 


Menurut pihak berkuasa Mexico, kesemua mayat yang digantung itu temui dalam keadaan separuh bogel dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. 


Difahamkan beberapa bulan kebelakangan ini, Zacatecas kerap melaporkan kes-kes kekerasan yang melibatkan kartel antara kartel Sinoloa dan kartel Generasi Baru Jalisco yang berebut penguasaan lalu perdagangan. 


Setakat ini, sebanyak 536 orang dilaporkan mati di daerah itu sejak awal tahun, menunjukkan peningkatan 57 peratus kematian berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 


Pada June, kartel Sinaloa mendera beberapa ahli kartel lain sebelum menggantung mayat mangsa yang telah dikerat di jambatan, yang ditemui di bandar Fresnillo pada 19 Jun. Beberapa hari sebelum itu, kartel yang sama juga menangkap tiga anggota kartel Jalisco dipercayai turut didera sebelum diikat pada jambatan. 


Sumber: Daily Star

About Cite Malaya

Powered by Blogger.