Loading...
TR

(Video) 'Diorang angkat & buang mayat mangsa Covid-19 di sungai' - Ahli keluarga buang mayat di sungai & dimakan anjing liar


Viral di media sosial video menunjukkan dua individu dipercayai membuang mayat mangsa Covid-19 dari tepi jambatan, ketika gelombang kedua Covid-19 masih melanda negara itu. 


India telah dilanda wabak virus berkenaan yang bermutasi menjadi lebih ganas dan kini tersebar di negara barat menyebabkan lebih ramai dijangkiti virus berbahaya itu. Dengan kadar peningkatan kes jangkitan dan kematian yang tinggi setiap hari membuatkan ada segelintir ahli keluarga berputus asa lalu  mengambil keputusan untuk membuang mayat mangsa Covid-19 di sungai. 


Difahamkan, mayat mangsa dalam video viral tersebut dikenali sebagai Mishra yang meninggal dunia di hospital pada Jumaat lalu, 28 Mei 2021, setelah tiga hari mengalami kesukaran bernafas sejak dibawa oleh anak saudaranya, Sanjay Kumar, untuk mendapatkan rawatan. 


Setelah Mishra meninggal dunia, Sanjay mengambil mayat Mishra untuk dibakar. Tetapi Sanjay bersama dengan rakan subahatnya, Manoj Kumar bertindak membuang mayat mangsa ke Sungai Rapti di Balrampur, Uttar Pradesh, India.



Dua lelaki terbabit kini telah ditahan untuk membantu siasatan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. 


Perbuatan membuang mayat mangsa Covid-19 di sungai bukanlah kali pertama berlaku di India lebih-lebih lagi sejak wabak Covid-19 mula melanda negara itu. Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan mayat mangsa terdampar di tepi sungai sehingga mengundang kedatangan anjing-anjing liar yang memakan mayat mangsa.


Penduduk di Uttarkashi di Uttrakhand mendakwa ternampak anjing-anjing liar makan daging mayat yang terdampar di tepi sungai. Salah seorang saksi berkata, ketika dia sedang melukis di tepi sungai pada 31 Mei 2021, dia ternampak anjing sedang memakan mayat manusia. 


Penduduk setempat mula menyuarakan kebimbangan jika virus Covid-19 akan tersebar lebih jauh melalui air atau melalui anjing-anjing liar yang makan mayat mangsa Covid-19. 


Sumber: Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.