Loading...
TR

(Video) Curi wang dari tabung masjid untuk beli makanan bagi bapa sakit, budak diikat & diheret bagaikan haiwan


Viral di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki diperlakukan seperti haiwan selepas didapati mencuri wang dari tabung masjid dalam kejadian yangg berlaku pada Isnin, 24 Mei 2021. 


Seorang lelaki bertindak mengikat leher kanak-kanak terbabit menggunakan tali nilon dan dua tangannya juga diikat ke belakang menggunakan tali. Selepas itu, kanak-kanak itu diseret sambil disaksikan oleh para penduduk dan kanak-kanak lain. 



Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Ceumpeudak, Kecamatan Tanah Jambo Aye, Kabupaten Aceh Utara. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu nekad mencuri wang dari tabung masjid untuk membeli makanan. 


Ketua Polis Tanah Jambo Aye, Ahmad Yani berkata, bapa kepada suspek, terbaring sakit. Wang yang dicuri dari tabung masjid digunakan oleh suspek untuk membeli makanan bagi dirinya dan bapanya. Baki wang tersebut pula diberi kepada bapa saudaranya. 


Setelah mengetahui wang tersebut diperolehi hasil dari mencuri tabung masjid, bapa saudara suspek memulangkan semula semua wang tersebut kepada pengurus masjid sebanyak RP1.5 juta (RM435).


"Bapa dia sakit dan dirawat di rumah. Suspek membeli makanan untuk diri dan bapanya. Baki wang diberi kepada pakcik dia. Pakcik suspek dah pulangkan wang tersebut kepada masjid," kata Ahmad. 


Siasatan polis mendapati, individu yang mengikat tali pada leher suspek adalah Ketua Pengurusan Pembangunan di daerah itu, Bakhtiar M Johan. Keluarga suspek dan Bakhtiar bagaimana bermaafan selepas kejadian itu. 


Bakhtiar menjelaskan dia hanya ingin memberi pengajaran kepada suspek agar tidak mengulangi perbuatannya lagi. 


"Saya minta maaf kepada semua yang tidak senang dengan tindakan saya itu," kata Bakhtiar. 


Sumber: Agensi 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.