Belum genap seminggu mengumumkan dirinya dihamilkan oleh teman lelaki 'orang puteh', Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan gelak ketawa netizen dengan video terbarunya di Instagram.
Lucinta Luna yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan berkaitan dadah, dalam video terbaru menunjukkan dia mengalami kesakitan luar biasa di perut sehingga terpaksa dibawa ke kereta menggunakan kerusi roda. Juga dilihat beberapa rakannya dan seorang pegawai keselamatan menyorong kerusi rodanya. Lucinta berkali-kali menjerit kesakitan.
"Sakit! Sakit! Sakit" jeritnya.
Kesakitannya itu membuatkan dia tidak mampu untuk berjalan sendiri dan dua rakannya terpaksa bertungkus lumus mengangkatnya masuk ke dalam kereta.
Lucinta mendakwa, perutnya terasa sakit dan mengalami kekejangan kerana kontraksi. Malah dia terasa sesak nafas dan perutnya bergerak-gerak kerana ditendang oleh bayi yang dikandungnya.
"Aduh sakit perutku kontraksi gini. Sakit kramm.. kramm.. sesak nafas, gerak gerak ditendang perutku ini. Kehamilanku ini benar-benar memerlukan perjuangan," tulisnya pada kapsyen video yang dipercayai hanya sekadar content.
Awal Mei lalu, Lucinta mendakwa dirinya hamil. Pada awalnya dia mengalami muntah-muntah (bila muntah, terus keluar suara jantan) sebelum menjalani ujian kehamilan menggunakan pregnancy test kit. Sebaik saja keluar dari tandas, test kit tersebut menunjukkan dua garisan yang menandakan penggunanya positif (hamil). Keputusan test kit itu membuatkan beberapa rakannya kebingungan seketika.
Sejak dari itu, Lucinta mula minum susu khas untuk ibu mengandung dan dikongsikan di Instagramnya. Turut dikongsikan, Lucinta memaklumkan kepada teman lelakinya bahawa dirinya hamil.
Ramai netizen yang tertanya-tanya bagaimana Lucinta boleh hamil sedangkan dia lelaki. Tampil menjawab persoalan itu, Doktor Arifandi Sanjaya, berkata test kit positif sememang biasa dialami oleh lelaki yang menggunakannya kerana ada hormon Beta-HCG.
"Sebenarnya jika test kit positif, itu ada kaitan dengan peningkatan hormon Beta-HCG di mana hormon tersebut boleh terbentuk oleh lelaki atas beberapa penyakit tertentu.Antaranya adalah kanser testis.
"Jadi buat golongan lelaki yang mencuba pregnancy test kit dan keputusannya menunjukkan tanda positif, berhati-hatilah," katanya.
@badassdoctor Izin ##stitch yah kan yakk ##testpack ##positive ##betahcg ##kanker
♬ original sound - BADASS
Sumber: IG Lucinta Luna, Tik Tok Dr Arifandi