Seorang wanita berusia 40 tahun di Delhi, India maut ditikam oleh suaminya sendiri di siang hari di tempat awam, sambil disaksikan oleh orang ramai. Namun, tiada seorang pun yang berani tampil membantu mangsa.
Mangsa, Neelu, ditikam sebanyak 25 kali oleh suaminya, Harish Mehta, menggunakan pisau. Biarpun mangsa sudah terkulai tidak sedarkan diri, lelaki itu berterusan menikam isterinya.
Dalam video viral itu menunjukkan, Neelu yang berlumuran darah terbaring di jalan raya, sementara Harish berdiri di sebelahnya dengan pisau yang masih di tangannya.
Penduduk menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu dan orang ramai menangkap lelaki itu yang dikatakan tidak melawan, bahkan merelakan dirinya ditangkap kerana sedar akan kesalahan yang telah dilakukan.
Dalam masa yang sama, Neelu dikejarkan ke Hospital Sanjay Gandhi, malangnya doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.
Ketika disoal siasat, Harish dalam keterangannya berkata, dia dan Neelu baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tetapi dia tidak senang dengan Neelu yang masih bekerja di sebuah hospital dan meminta isterinya berhenti.
Neelu enggan mengendahkan permintaan suaminya dan nekad untuk meneruskan saja pekerjaannya. Tindakan Neelu membuatkan Harish mengesyaki Neelu berlaku curang.
AMARAN! VIDEO YANG ANDA BAKAL TONTON MUNGKIN AKAN MENYEBABKAN ANDA BERASA KURANG SENANG. JANGAN TONTON KALAU ANDA LEMAH SEMANGAT.
"Dia mengesyaki isterinya curang dan marah apabila mangsa enggan berhenti kerja. Pada hari Sabtu kira-kira jam 2 petang, mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja didatangi oleh Harish yang menikamnya beberapa kali," kata Timbalan Ketua Polis, Pranav Tayal.
Sumber: Tatva News