Loading...
TR

Budak 3 tahun positif dadah amfetamina & methamphetamine, dianiaya oleh bapa tiri durjana


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine yang dipercayai dianiaya oleh bapa tirinya.


Suspek berusia 38 tahun bernama Mohd Faresh Khalid, alamat terakhir kediamannya adalah di C-13-7, Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai. 


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman berkata, perkara itu terbongkar selepas doktor di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak) yang melakukan pemeriksaan terhadap kanak-kanak itu tiga hari lalu. 


Siasatan awal polis mendapati, mangsa dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April 2021 sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya yang kemudian membawa anaknya ke hospital setelah mendapati mangsa berlakuan pelik berbanding biasa. 


Pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati, mangsa positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. 


Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika didapati bersalah, pelaku dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800-5225 dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025 atau Inspektor Normi Hashim (013-694 9623) atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: Bernama

About Cite Malaya

Powered by Blogger.