Loading...
TR

(Video) Isteri nak bunuh suami playboy, terbunuh pula ibu mentua & 3 ekor kucingnya dengan racun biawak


Seorang wanita berusia 45 tahun berasal dari Sumatera Selatan bernama Dewi Asmara, tergamak meracun ibu mentuanya sehingga mati dalam kejadian yang berlaku pada Ahad, 7 Mac 2021. 


Siasatan pihak polis mendapati, Dewi mengaku meracuni ibu mentuanya dengan memasukkan racun yang biasa digunakan untuk meracun biawak, ke dalam hidangan ikan salai pindang yang dimasak oleh ibu mentuanya, Noni, 61. 


Noni meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian selepas menjamah hidangan itu di mana mulutnya mengeluarkan buih putih, tanda reaksi badannya terhadap racun berbahaya itu. 


Dalam keterangannya, Dewi mengaku dia berbuat demikian kerana sudah lama menaruh dendam terhadap mangsa sejak mereka tinggal bersama di dalam satu rumah. Selama ini katanya, dia selalu dimarahi dan diberi layanan buruk oleh mangsa. 



Bukan hanya itu sahaja, Dewi turut meracun tiga ekor kucing kesayangan Noni menggunakan racun yang sama, milik suaminya.


Polis masih curiga dengan keterangan suspek dan mendesaknya untuk menceritakan motif sebenar pembunuhan itu. Setelah diasak beberapa kali, akhirnya Dewi mengalah dan membuka mulut. 


Ternyata Dewi sebenarnya mahu meracun suaminya, Aidul Fitri atau nama lainnya Otong, kerana lelaki itu suka berfoya-foya. 


Difahamkan, Dewi merupakan isteri ketiga Otong. Selama menjadi isteri Otong, hatinya seringkali disakiti. Antaranya, melihat suaminya berjalan dengan perempuan lain. 


"Saya sebenarnya mahu meracuni si Otong kerana Otong ni selalu memberi layanan tidak baik kepada saya. Isterinya juga ramai," katanya. 




Dewi nyaris dibelasah penduduk kampung setelah perbuatannya terbongkar. Dewi bernasib baik kerana dia segera dibawa polis ke balai dan kini berdepan dengan hukuman mati atas dakwaan melakukan pembunuhan terancang. - Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.