Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman secara terbuka memuat naik gambar yang dipercayai menyindir Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kini sedang memburunya kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dihina.
Gambar yang telah disunting itu dimuat naik di akaun Instagramnya yang menunjukkan dirinya diacu dengan pistol dengan kapsyen:
"Drama baru!!! is a 2021 American neo-noir action-thriller film directed by Chad Stahelski, in his directorial debut, and written by Derek Kolstad. It stars Keanu Reeves, Nursajat, Alfie Allen, Adrianne Palicki, Bridget Moynahan, Dean Winters, Ian McShane, John Leguizamo, and Willem Dafoe. It is the first installment in the nursajat Wick film series.gitewww!!!! Ko ader!!!! Ko takde kan‼️‼️‼️‼️"
Selain itu, lelaki berkenaan turut mula memuat naik gambar screenshot kenyataan dari penggemar LGBT termasuk individu berpengaruh di media sosial yang menyokongnya.
Muhammad Sajjad juga dilihat cuba meminta bantuan dari Human Right Watch dan Suhakam Malaysia serta peguam pembela golongan LGBT bagi membantu menangani masalah yang sedang ditanggungnya pada waktu ini.
Di ruangan komen, ramai netizen mendesak lelaki berusia 36 tahun itu untuk tampil menyerah diri dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, JAIS mengesahkan pihaknya masih belum melakukan tangkap terhadap Muhammad Sajjad yang disyaki bersembunyi bagi mengelakkan dirinya ditahan.
Sumber: Harian Metro, IG Muhammad Sajjad