Penggemar aktiviti berbasikal kini menggesa pihak berkuasa membenarkan mereka menggunakan laluan motosikal di lebuh raya utama sebagai laluan khas untuk mereka melakukan aktiviti itu di hujung minggu.
Menurut Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili berkata, dengan pengesyoran yang diberikan itu maka keselamatan para penunggang basikal lebih terjamin.
"Saya mengesyorkan pada hari hujung minggu, laluan motosikal di lebuhraya utama seperti Guthrie, Kesas dan Persekutuan ditutup khas untuk penunggang basikal.
"Ini kerana pada hari minggu aliran trafik di laluan motosikal terutamanya di Lembah Klang sangat rendah.
"Saya berpendapat ini adalah pendekatan yang sangat efektir dan berkesan serta ia memerlukan toleransi antara semua pihak untuk menjayakannya," katanya memetik laporan dari Astro Awani.
Meskipun pihak berkuasa telah menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal di Shah Alam dan Kuala Lumpur, namun laluan itu tidak dapat digunakan sebaiknya kerana kebanyakan laluan tersebut dihalang oleh kenderaan yang parkir di laluan itu.
Selain itu, ada pihak peniaga yang membuka warung di kaki lima di kawasan tersebut menyebabkan laluan itu terhalang.
Sementara itu netizen di media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan permintaan itu yang disifatkan 'sudah naik kepala'.
Sumber: Astro Awani