Majlis pengebumian seorang wanita terganggu selepas seorang lelaki menindih mayat mangsa dan cuba melakukan hubungan intim dengannya.
Big Sipiliano, 49, dari Epworth di Zimbabwe, telah merosakkan majlis pengebumian Melisa Mazhindu pada jam 1 pagi, 2 Januari 2021 dengan rakannya, yang kemudian dihalang oleh ahli keluarga mendiang.
Kedua-dua lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.
Menurut laporan, Sipiliano masuk ke bilik di mana mayat Melisa Mazhindu diletakkan dan sementara itu rakannya menjaga pintu masuk. Sipiliano kemudian menindih mayat Melisa dan cuba melakukan hubungan intim dengannya di hadapan keluarga Melisa.
Sipiliano yang juga dikenali sebagai Bigman itu dikatakan pernah memberitahu ibu Melisa iaitu, Phillipa yang dia teringin meniduri anak perempuannya berusia 20 tahun itu sejak dari dulu lagi.
Dia memberitahu tetamu majlis yang lain bahawa dia sangat menyayangi Melisa dan turut bersedih apabila wanita itu meninggal dunia sebelum mereka sempat melakukan hubungan intim.
"Dia kata, walaupun Melisa dah meninggal dunia, tiada salahnya untuk dia memenuhi keinginannya buat kali terakhir.
"Dia terus membuka pakaian Melisa dan menindihnya serta cuba melakukan hubungan intim, sementara rakan subahatnya pula menghalang kami dari memasuki bilik itu," kata Phillipa.
Phillipa, 47, juga percayai lelaki itu mempunyai motif untuk melakukan ilmu hitam berdasarkan penemuan benda-benda pelik di dalam poketnya.
"Macam mana saya hidup dengan kejadian yang membuatkan saya trauma ini? Saya syaki lelaki ini cuba melakukan ilmu hitam kerana bila orang ramai memeriksa poketnya menemui bangkai tikus, kain merah dan akar kayu," katanya.
Ahli keluarga Melisa cuba mengheret dua lelaki itu keluar. Selepas dibantu beberapa tetamu lain, akhirnya mereka berjaya dihalau dari majlis tersebut.
Sipiliano dan rakannya kemudian direman sehingga 8 Februari atas dakwaan menyerang dan cuba melakukan hubungan intim dengan mayat. - Agensi