Loading...
TR

PKP 2.0 berakhir 4 Februari & tidak akan dilanjutkan


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara (kecuali Sarawak) yang akan berakhir pada 4 Februari 2021, tidak akan dilanjutkan. 


Keputusan itu dibuat bagi mengambil kira kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang baru sahaja mahu 'bernafas semula'. 


"PKP pada asalnya dijadualkan untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dan kesan pendekatan ini memerlukan masa. 


"Justeru kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana memberi kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan. 


"Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang. 


"Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka," katanya memetik laporan dari Berita Harian. 


Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan itu, sekali gus menamatkan dakwaan kononnya kerajaan akan melaksanakan PKP sepenuhnya seperti yang dilakukan pada Mac 2020 di mana semua sektor tidak dibenarkan beroperasi. 


Pelaksanaan PKP 1.0 disusuli dengan PKPB dan PKPP pada tahun lalu menyaksikan penurunan kes jangkitan harian kepada dua angka. Namun, jumlah kes dikesan meningkat secara mendadak selepas Pilihan Raya Negeri Sabah dan pada hari ini kes harian mencecahkan sehingga 4,000 lebih.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.