Baru-baru ini viral video Tik Tok yang dirakam oleh rider Food Panda mengenai keadaan sebuah bangunan kediaman di Pulau Pinang dalam keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap sehingga menimbulkan persoalan netizen, bagaimana manusia masih boleh hidup dalam keadaan seperti itu.
Muhammad Hibatullah, 20, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkata, video itu dirakam pada 6 Januari lalu semasa dia membuat penghantaran makanan kepada pelanggannya di sebuah flat di Perai.
"Saya ke situ dua minggu lalu iaitu sebelum pelaksanaan PKP, kira-kira jam 10.30 malam. Itu bukan kali pertama, tetapi kali ketiga ke flat berkenaan untuk menghantar pesanan pelanggan dan memang tahu keadaan persekitaran di situ.
"Cuma saya tidak dapat mengelak atau membatalkan pesanan diterima kerana tidak mahu ia mempengaruhi tahap penilaian prestasi kerja.
@hibatullahdanial tanpa hashtag konfem fyp 🤣
♬ original sound - Hibatullah Danial
"Tipu kalau saya katakan tidak geli, tetapi sudah tugas saya sebagai penghantar makanan untuk memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan.
"Pada hari itu, pelanggan terbabit enggan turun, jadi saya tiada pilihan lain kecuali naik ke rumahnya di tingkat dua. Lif pula rosak, jadi saya terpaksa menggunakan tangga yang berbau busuk kerana dipenuhi dengan sampah sarap," katanya.
Dalam pada itu juga, Muhammad Hibatullah menjelaskan dia tidak berniat mahu mengaibkan penduduk di flat tersebut, tetapi hanya sekadar berkongsi pengalaman bekerja sebagai penghantar makanan.
Difahamkan, flat berkenaan pernah viral di media sosial pada November 2020. Netizen memaklumkan, flat itu baru sahaja dicat semula (2020) tetapi tidak menyangka di bahagian sebelah dalamnya tidak terjaga dan dipenuhi dengan sampah sarap.
Netizen percaya, sikap penduduk flat itu sendiri yang tidak menjaga kebersihan menjadikan tempat kejadian itu berada dalam keadaan sedemikian.
Sumber: Harian Metro, Lobak Merah, World of Buzz