Loading...
TR

(Video) 'Tony, relax! Cecite.. cecite..' - Buruh binaan hancurkan rumah pelanggan, berang gaji belum dibayar


Seorang buruh binaan sudah hilang kesabaran apabila gajinya tidak dibayar oleh majikan membuatkan dia nekad untuk membongkar semula rumah pelanggannya. 


Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tony, telah menyiapkan rumah pelanggannya dan setelah beberapa bulan, gajinya masih belum jua dibayar membuatkan dia berasa pekerjaannya langsung tidak dihargai. 


Kesal dengan perkara itu, Tony nekad untuk membalas dendam dengan membongkar semula struktur rumah tersebut. Beberapa rakan sekerjanya yang melihat kejadian itu datang dan cuba menenangkannya.


Salah seorang rakannya berkata, "Tony, bawa bertenang. Turun dulu, cuba cerita apa yang dah berlaku". 


Tetapi pertanyaan rakannya itu langsung tidak diendahkan. Malah dia berterusan menghancurkan dinding-dinding konkrit rumah tersebut. Setelah selesai menghancurkan bahagian tersebut, Tony beralih pula ke bahagian lain untuk dihancurkan. 


Usaha rakan-rakan untuk menenangkan Tony tidak berjaya sehingga ada yang memaklumkan akan menghubungi polis. 



Video tersebut viral di media sosial dan netizen juga memahami apa yang dilalui oleh Tony. Ada yang berkata, sudah menjadi kebiasaan pekerja tidak dibayar walaupun kerja sudah diselesaikan. 


"Teruskan Tony, aku pun akan buat benda yang sama kalau kerja dah siap, tapi masih belum dibayar," kata netizen.


Sumber: Mirror

About Cite Malaya

Powered by Blogger.