Baru-baru ini viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita mengasari suaminya sendiri mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengannya. Lebih teruk lagi, wanita itu sanggup memijak-mijak kepala suaminya yang ketika itu sedang memegang anak kecil mereka.
Tidak diketahui apa punca pertengkaran pasangan itu sehingga melibatkan kekerasan sebegitu. Namun video tersebut mula viral di media sosial sejak dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Anne Maravilla, pada 22 November 2020.
Difahamkan, kejadian isteri memijak kepala suaminya itu berlaku di Pitogo, Quexon, Filipina. Ramai netizen yang mengecam tindakan wanita itu, tetapi ada juga yang percaya mungkin wanita itu mengalami tekanan teruk sehingga tergamak bertindak sedemikian.
Dalam video viral itu, walaupun kepala dipijak-pijak, si suami langsung tidak membalas sedikit pun perbuatan isterinya. Sebaliknya dia hanya menahan dirinya dari bertindak di luar batasan.
Netizen turut mempertikaikan tindakan perakam (wanita) yang tidak mengambil sebarang usaha untuk menghalang isteri lelaki itu dari terus bertindak menyerang suaminya.
Menurut sumber, itu bukanlah kali pertama si isteri menyerang suaminya sebegitu rupa. Dia juga pernah mengasari suaminya pada hari-hari lain. - Agensi