Loading...
TR

'OO! Ini kerja kamu berdua ye?!' - Pasangan kantoi 'ehem²' di kebun jam 3-4 pagi



Sepasang kekasih yang sedang mabuk bercinta dicekup penduduk ketika sedang 'oyeh-oyeh' di kebung pisang milik penduduk di Gampong Peunayong, Daerah Kuta Alam, Banda Aceh, Indonesia pada dini hari, Khamis, 26 November 2020. 


Menurut portal berita tempatan, si lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya pula berusia 26 tahun. Kedua-duanya dicekup dalam keadaan tidak berpakaian dan bergegas memakai pakaian setelah terkejut melihat kedatangan penduduk. 


Pasangan itu kemudian diheret ke balai raya sebelum diserahkan kepada pihak polis Kota Banda Aceh untuk tindakan lanjut mengikut hukum Islam. 


Ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku telah melakukan maksiat. Polis juga telah mendapatkan keterangan saksi-saksi kejadian yang mengesahkan perkara itu. 


Akibatnya, kedua-duanya akan didakwa mengikut Akta 25 (1) Kanun Aceh 2014 yang memperuntukkan hukuman sebat maksimum 30 kali jika didapati bersalah. 




Di wilayah Aceh, Indonesia sememangnya terkenal dengan hukuman tegas terhadap pesalah serangan seksual, maksiat, zina dan LGBT. Baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang didakwa merogol kanak-kanak bawah umur, dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 146 kali selepas didapati bersalah. 


Ketika menjalani hukuman tersebut, tertuduh tumbang setelah disebat kali ke-52 dan merayuu agar hukuman itu dihentikan di mana bahagian punggungnya mengalami luka melepuh yang serius akibat disebat petugas pelaksana hukuman sebat itu. 


Menurut doktor yang turut menyaksikan hukuman itu berkata, hukuman itu perlu ditangguhkan kerana bimbang saluran darah tertuduh boleh pecah dan berdarah jika sebatan mengenai tempat yang sama. - Agensi


About Cite Malaya

Powered by Blogger.