Loading...
TR

Gadis 18 tahun dirogol bapa tiri 6 kali, tak berani laporkan kepada ibu


Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun tergamak menyetubuhi anak tirinya berusia 18 tahun yang masih duduk di bangku sekolah.


Suspek telah melakukan perbuatan itu beberapa kali, namun mangsa tidak berdaya melawan bapa tirinya itu dan juga tidak berani melaporkan kejadian itu kepada ibunya kerana bimbang dimarahi oleh suspek. 


Ketua Polis Kediri, Lukman Cahyono berkata, ibu mangsa berkahwin dengan suspek sejak 2014 dan sejak dari itu mereka tinggal bersama dan tidur di dalam satu bilik kerana keadaan rumah yang sempit. 


Pada awal tahun 2019, suspek mula mendekati dan menggoda mangsa dengan memanggilnya 'sayang' dan sesekali meraba badannya terutama di bahagian punggung. 


Disebabkan mangsa tidak memberi respon menolak perbuatannya itu, suspek mula memberanikan diri untuk bertindak lebih jauh sehingga suspek berjaya memaksa mangsa untuk melakukan hubungan intim. 


Perbuatan kejinya itu dilakukan di dalam bilik pada waktu pagi ketika ibu mangsa keluar ke pasar. Sehingga pada akhir Mei 2020, sekurang-kurangnya suspek telah merogol mangsa sebanyak enam kali. 


Perbuatan suspek terbongkar pada Khamis, 26 November 2020 selepas mangsa tidak dapat lagi menahan dirinya dari terus menjadi mangsa dan menceritakan kejadian itu kepada ibu angkatnya. 


Mendengar pengakuan mangsa, ibu angkatnya terus memberitahu kejadian itu kepada bapa kandung mangsa yang kemudian membuat laporan polis pada Isnin, 30 November 2020. 


Bertindak di atas laporan itu, sepasukan polis membuat serbuan dan berjaya menangkap suspek di rumah untuk direman bagi membantu siasatan. - Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.