Loading...
TR

Buang bayi luar nikah sebab takut ditinggalkan suami


Mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik menggemparkan penduduk Kampung Rancaseneng, Indonesia yang dipercayai dibuang oleh ibunya kerana takut anak hasil dari hubungan luar nikah itu diketahui ahli keluarga. 


Menurut sumber, mangsa merupakan hasil hubungan bersama kekasih gelap sebelum wanita itu berkahwin dengan suaminya. 


Tidak beberapa lama selepas mayat itu ditemui, polis menahan seorang wanita berusia 24 tahun yang kemudian mengaku membuang bayinya kerana takut ditinggalkan suami sekiranya perkara itu terbongkar. 


Suspek mengaku dia melahirkan bayi itu tanpa bantuan sesiapa di dalam bilik mandi pada Jumaat, 18 Disember 2020. 


Mayat bayi itu ditemui oleh suami suspek ketika sedang mencari kayu untuk membuang tiang jemuran di belakang rumah mereka pada Rabu, 23 Disember 2020 yang curiga melihat beg plastik yang ditemuinya. 


Plastik yang dibungkus berlapis-lapis itu dibuka dan lelaki itu terkejut apabila melihat mayat bayi yang masih lengkap dengan uri di dalamnya. 


Suspek ditahan reman untuk siasatan dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana membuang bayi. - Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.