Loading...
TR

Bapa pukul bayinya sampai mati sebelum sambung bermain game di Playstation


Seorang bapa tergamak membunuh anaknya yang berusia tujuh minggu hanya kerana anak kecil itu tidak berhenti menangis, sebelum kembali menyambung permainan video di Playstation. 


Joseph McDonald didakwa melakukan serangan itu terhadap anaknya lelakinya, Lucas, di Benalla, Australia pada 24 Oktober 2019. 


Pendakwa Raya memberitahu Mahkamah Agung Victioria bahawa, McDonald memukul kepala mangsa dengan menggunakan objek keras yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan otak. 


Ibu mangsa, Samantha Duckmanton, terdengar bunyi bising itu lalu pergi ke ruang tamu dan melihat McDonald sedang menggoncang anaknya. Keesokan harinya, Duckmanton yang bimbang melihat keadaan anaknya terus segera membawanya ke hospital.


Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikl dan empat hari kemudian doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. 


McDonald, yang gemar bermain permainan video selama 6 hingga 10 jam setiap hari, selain ketagih pada ganja, mengaku dia bengang dengan Lucas yang tidak berhenti menangis. Dia kemudian menyerah diri kepada polis. 


Hakim Kaye berkata, sikap panas baran McDonald semakin menjadi-jaadi selepas anak keduanya, Lucas, dilahirkan. Hakim berpendapat, McDonald menyerang anak-anaknya untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan. 


"Dia (mangsa) sepatutnya dilayan dengan penuh kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada setiap bayi. Sebaliknya dengan tindakan kamu, kamu telah meragut nyawanya. 


"Dia sangat lemah dan bergantung pada kamu untuk berlindung dan menjaga keselamatannya. Tetapi kamu telah merampas haknya untuk terus hidup".


McDonald mengaku bersalah di atas pertuduhan membunuh kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun, dengan enam tahun lapan bulan tanpa pembebasan bersyarat, setelah menjalani hukuman 410 hari. 


Sumber: Daily Star

About Cite Malaya

Powered by Blogger.