Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan anggota terbabit bukan sahaja menjejaskan imej jabatan, malah telah melanggar kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, PDRM memandang serius perlakuan anggota wanita itu yang mempamerkan aksi tarian yang lengkap memakai uniform PDRM sewaktu menjalankan tugas.
"Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial.
"Pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM," katanya.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan kini sedang menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
KOTA BHARU – Seorang anggota Polis wanita dari Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas muatnaik video menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis. Siasatan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan. pic.twitter.com/0tro8VqpNq
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) December 5, 2020
Sumber: Kosmo Online