Loading...
TR

(Video) 'Macam mana dia berada di situ?' - Budak main atas bumbung undang kebimbangan netizen


Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berjalan di atas bumbung pangsapuri mengundang kebimbangan netizen di media sosial dan mempersoalkan di manakah ibu bapa atau penjaganya yang terlepas pandang akan tanggungjawab mengawasi anak-anak. 


Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu berjalan di atas bumbung seorang diri di pangsapuri dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kajang. 


Netizen tidak menolak kemungkinan yang kanak-kanak itu sedang bermain di atas bumbung bangunan itu bersama dengan rakan-rakannya tanpa menghiraukan keselamatan diri dan berisiko tinggi untuk terjatuh.


Netizen juga mempersoalkan bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di kawasan bumbung, sedangkan laluan ke atas bumbung sepatutnya dikunci atau dipagar oleh pihak pengurusan pangsapuri tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya netizen, apakah pihak pengurusan hanya memandang ringan soal keselamatan anak-anak penghuninya. 


Ibu bapa sepatutnya mengawasi anak masing-masing dan menasihatkan mereka untuk tidak melakukan sebarang tindakan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kemudaratan diri. 


Apatah lagi di musim cuti atau di ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka yang tidak mempunyai urusan di luar rumah dinasihatkan untuk duduk di rumah sahaja. Bukannya membenarkan anak-anak keluar bermain walaupun dalam jarak yang berdekatan. 


Menurut satu sumber, kanak-kanak itu merupakan anak kepada pasangan Arab dan bertindak naik ke atas bumbung itu setelah dimarahi oleh bapanya. 


"Budak Arab. Saya duduk di apartmen bersebelahan. Ayah dia marah kat dia. Dia naik atas main kat atas tu. Dengar-dengar ada juga orang jemur kain kat atas dan pintu ke atas tak kunci. Tapi dah kena warning orang tua dia. Itulah yang saya dengar dari pengawal keselamatan," katanya.



Justeru, netizen menggesa individu yang merakam video tersebut membuat laporan polis agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.