Loading...
TR

Nenek buat pembedahan plastik untuk kekal cantik di depan suami muda


Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun di Vietnam dilaporkan berkahwin dengan lelaki muda berusia 26 tahun. Agar kekal nampak cantik di depan suami, wanita bernama Hoa Cuong Thu Sao mengambil keputusan untuk membuat pembedahan plastik yang menelan belanja sebanyak RM17,583.


Pembedahan plastik yang dijalaninya itu mengubah bahagian hidung dan juga kening. Tetapi Hoa menegaskan, dia bukan hanya melakukan pembedahan plastik itu untuk suaminya semata-mata, tetapi kerana dia juga mahu kelihatan cantik. 


Difahamkan pasangan itu berkahwin pada tahun 2018 dan gambar perkahwinannya yang viral di media sosial itu menunjukkan dia bersama suami dan dua anak perempuan hasil dari perkahwinan sebelum ini. 


Ramai netizen yang memberi tumpuan kepada dua anak perempuan Hoa. Netizen bimbang jika suaminya terjatuh cinta kepada anak tirinya. Tidak kurang juga yang berprasangka lelaki muda itu hanya mahu memiliki harta Hoa sahaja. 


Lapor VnExpress, kali pertama Hoa bertemu dengan lelaki itu adalah di kedai kopi miliknya. Menurut Hoa, lelaki itu merupakan pelanggan tetap dan mereka kemudian mula menjalinkan hubungan sehingga satu hari lelaki itu pun melamar Hoa. 


Tetapi Hoa menolak kerana dia hanya menganggap lelaki itu sebagai adik dan menganggap lamaran itu sekadar gurauan sahaja. Tak berputus asa, lelaki berkenaan tetap berusaha menawan hatinya dan dari situ Hoa mula sedar yang lelaki itu sebenarnya serius mahu melamarnya. Kini, mereka telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan segalanya berjalan dengan lancar. 



"Beberapa tahun yang lalu, ramai yang mengejek hubungan kami. Namun kami tetap bersama dan membuktikan bahawa cinta kami adalah benar," kata Hoa. 


Selain melakukan pembedahan plastik di bahagian hidung dan kening, Hoa juga ingin membuat pembedahan tambahan bagi menampakkan dirinya lebih muda. Begitu juga dengan suaminya yang juga membuat pembedahan plastik di bahagian bibir, hidung dan kening.


Sumber: VnExpress

About Cite Malaya

Powered by Blogger.