Loading...
TR

Menteri KKM terkejut & tak tahu JASA diberi peruntukan RM85.5 juta



Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa beliau sendiri terkejut dengan peruntukkan RM85.5 juta yang diberikan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam Belanjawan 2021. 


Menurut sumber yang tidak didedahkan oleh portal The Malaysian Insight mendakwa, Saifuddin terkejut apabila nampak jumlah tersebut dan beliau tidak pernah meminta peruntukkan sebanyak itu untuk JASA. 


Ekoran itu, Saifuddin mengarahkan Ketua Setiausaha KKMM, Mohammad Mentek, untuk menjalankan siasatan. 


Bagaimanapun, Timbalan Menteri KKMM, Zahidi Zainul Abidin pula mengakui bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab mencadangkan JASA dihidupkan semula, selain membantu bekas kakitangan JASA yang telah kehilangan kerja sebelum ini selepas JASA dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 


Zahidi juga berkata ada memaklumkan cadangan itu kepada Saifuddin, tetapi tidak menolak kemungkinan ahli pemimpin Bersatu itu terlepas pandang kerana terlalu sibuk. 


"Ya, saya yang cadang hidupkan JASA. Tapi beliau tahu, mungkin sebab beliau menteri, jadi banyaklah tugasnya. 


"Menteri ini kan terlalu aktif, terkenal jadi dia sibuk sampai terlupa benda yang dah disampaikan kepada beliau," katanya. 


Mengulas mengenai peruntukan besar RM85.5 juta kepada JASA itu, Zahidi menjelaskan jumlah peruntukan itu turut melibatkan kos membela nasib lebih 1,000 kakitangan JASA yang diberhentikan PH sebelum ini dengan mengambil mereka bekerja dengan kerajaan semula. Disebabkan mahu menubuhkan agensi baru, pelbagai aset baru juga diperlukan. 


Dalam masa yang sama Zahidi turut menyatakan penghargaannya kepada Muhyiddin Yassin kerana membela nasib orang Melayu dalam JASA. 


"Kalau kata Muhyiddin tak setuju tak boleh juga sebab takkanlah beliau tidak kesian dan tidak membela nasib pekerja JASA," katanya.


Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan tampil mempertahankan tindakan kerajaan menghidupkan semula JASA dengan menyalurkan peruntukan RM85.5 juta dalam Belanjawan 2021. Wan Saiful berkata, kewujudan JASA adalah untuk mendengar rintihan rakyat. 


Bagaimanapun disindir oleh Najib melalui akaun Facebooknya semalam di mana dia memaklumkan, para pemimpin kerajaan boleh membaca komen di Facebooknya atau Perdana Menteri Ke-8 (Muhyiddin) untuk mengetahui rintihan rakyat secara percuma tanpa perlu menggunakan duit rakyat RM85.5 juta. 


Sumber: MalaysiaKini, The Malaysian Insight


LAPORAN BERKAITAN PERUNTUKAN RM85.5 JUTA JASA

About Cite Malaya

Powered by Blogger.