Seorang akauntan berusia 27 tahun telah membuat laporan polis yang mendakwa suaminya telah menipu dirinya dengan menyembunyikan hakikat sebenar yang dirinya botak.
Kes tersebut didaftarkan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 406 dan 500 Kanun Keseksaan India di Balai Polis Naya Nagar, di Thnae berdasarkan aduan wanita berkenaan, kata pegawai polis kanan balai itu, Kailash Barve.
Wanita itu mendakwa, keluarga suaminya tidak pernah memaklumkan kepada dia bahawa lelaki itu sebenarnya botak. Dalam laporan itu juga, dia berkata suaminya memakai rambut palsu dan sekiranya dia tahu lebih awal yang lelaki itu botak, dia tidak akan melangsungkan perkahwinan dengannya.
Tetapi segalanya sudah terlambat, wanita itu hanya mengetahui suaminya botak sehari selepas mereka berkahwin. Apabila dia menghubungi mertuanya dan bertanyakan mengenai perkara itu, mereka berkata itu bukanlah satu masalah yang serius.
Si suami telah mengemukakan petisyen di mahkamah Thane yang kemudian meminta dia memberi kerjasama dengan menyerahkan diri kepada polis bagi memudahkan tindakan perundangan.
Sumber: Gulf News