Loading...
TR

(Video) Wanita menangis ketika hadir ke majlis pernikahan bekas kekasih lalu beredar & dikejar pengantin lelaki

Viral di media sosial video Tiktok yang menunjukkan seorang wanita mengenakan dress panjang datang ke majlis pernikahan bekas teman lelakinya, seorang diri. 


Dia kemudian bertemu dengan ibu kepada pengantin lelaki di atas pelaminan. Tidak mampu menutup kesedihan, akhirnya dia menangis dan kedua-duanya berpelukan sambil disaksikan oleh pasangan pengantin. 


Selepas itu, dia bersalaman dengan bekas teman lelakinya itu. Pengantin lelaki sempat membisikan sesuatu pada wanita berkenaan, sementara pengantin wanita hanya mampu melihat dan mendiamkan diri melihat kelakuan mereka berdua. 


Selesai di situ, wanita berkenaan bersalaman dengan pengantin perempuan lalu beredar dari pelaminan dengan segera. 


Tanpa dijangka, pengantin lelaki itu terus mengejar bekas kekasihnya itu, meninggalkan pengantin perempuan di pelaminan yang hanya terdiam melihat semua insiden tersebut dan begitu juga dengan ibu suaminya. 


"Haruslah bekas kekasihmu datang di saat hari pernikahan kita dan kamu pergi bersamanya?" tulis kapsyen video tersebut yang turut mendapat banyak reaksi netizen. 


"Dah kenapa kejar, kesian pengantin perempuan itu," kata netizen. 


"Salah sendiri, kenapa diundang bekas kekasih ke majlis pernikahan sendiri? Ini petanda, malam pertama akan menemui kegagalan," kata netizen lain. 


@rommy_officiall

haruskah mantan mu datang disaat hari pernikahan kita dan kamu pergi bersamanya##hatiyangkausakiti

♬ Hati Yang Kau Sakiti - Rossa


Sumber: Tiktok @Rommy Official

About Cite Malaya

Powered by Blogger.