Loading...
TR

(Video) Wanita ini datang ke majlis pernikahan bekas suami, peluk & menangis di dadanya

Viral di media sosial yang menunjukkan saat mengharukan di mana seorang wanita menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya. 


Wanita berkenaan dikenali sebagai Dahlia dan bekas suaminya yang duduk di pelamin bernama Saipul Usman dan isteri barunya bernama Indah. 


Difahamkan Dahlia dan Saipul telah bercerai sejak 12 tahun lalu dan perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan. 


Dalam video itu, Dahlia dilihat naik ke atas pelamin dan menghampiri bekas suaminya lalu memeluk dan berkata, 


"Kami memiliki seorang anak perempuan," katanya sambil menangis teresak-esak meskipun para tetamu menjerit meminta dia tidak menitiskan air mata. 


Setelah dapat menenangkan dirinya, Dahlia kemudian menghampiri isteri baru bekas suaminya itu lalu memeluknya dan sempat menangis di dada pengantin perempuan seketika. 


"Saya bersyukur bekas suami saya dipertemukan dengan wanita yang baik-baik," katanya sebelum memeluk Indah. 


Dahlia kemudian berdiri di tengah dan memeluk Indah, mendoakan hubungan mereka suami isteri berkekalan dan bahagia serta menjadi ibu yang baik untuk anaknya. 


"Semoga Indah akan menjadi isteri yang baik untuk bekas suami saya dan juga akan menjadi ibu yang baik untuk anak saya yang akan dianggap seperti anak kandungnya," kata Dahlia. 


Menurut sumber, majlis perkahwinan itu berlangsung di Gorontalo, Indonesia, pada 30 September lalu. 


Elnino Mohi yang memuat naik video itu berkata, Saipul Usman merupakan sahabatnya dan sudah berbelas tahun mendudua. 


"Mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai dan selepas itu Dahlia berkahwin lagi. Walaupun begitu, mereka tetap menjaga silaturrahim, berkawan untuk kebaikan anak perempuan mereka yang pada ketika itu juga masih kecil. 


"15 tahun kemudian, Saipul jatuh hati pada seorang janda, iaitu Indah. Dan tak lama selepas itu dia pun melamarnya. Memang sebelum ini ada beberapa kali Saipul menjalinkan hubungan dengan wanita lain tetapi hubungan itu tidak kesampaian," katanya. 


Dalam video itu, Dahlia turut menyanyikan lagu untuk kedua mempelai. 


Sumber: Indo News

About Cite Malaya

Powered by Blogger.