Kes kemalangan yang melibatkan penghantar makanan boleh dikatakan kerap berlaku sama ada disebabkan kecuaian pengguna jalan raya lain atau kecuaian penunggang motosikal itu sendiri.
Malah netizen sebelum ini juga pernah membuat teguran kepada golongan penghantar makanan menunggang dengan cermat dan tidak melulu kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Baru-baru ini viral di media sosial video dashcam yang menunjukkan sebuah motosikal 'food rider' nyaris dilanggar lori yang membuat pusingan u dalam kejadian yang berlaku di Cyberjaya, semalam.
"Sedikit pesanan kepada rider/runner semua, sentiasalah berhati-hati ketika delivery. Jangan suka main cilok-cilok sangat. Nyawa hanya ada satu, bukan ada dijual di kedai-kedai spare part.
"Bahaya kepada rider sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya lain," kata pengendali laman Info Roadblock JPJ/POLIS.
REAKSI NETIZEN
Patuhilah undang-undang dan peraturan jalan raya, pandulah dengan cermat dan selamat. Biarlah dengan kelajuan yang sederhana, yang penting nyawa tidak digadai dan sia-sia begitu sahaja. Semoga rider/runner sentiasa dilindungiNya.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS