Loading...
TR

(Video) 'Astaghfirullahalazim! Ingatkan nak peluk, disepaknya plak anak tu!'

Netizen di media sosial meluahkan rasa geram terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menyepak anak perempuannya yang terjatuh dari motosikal. 


Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (16/10/2020) kira-kira jam 7.27 pagi itu di China.


Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak perempuan yang dianggarkan berusia 7 tahun itu terjatuh dari motosikal sebaik saja bapanya memulakan perjalanan setelah lampu isyarat menunjukkan lampu hijau. 


Insiden itu disaksikan oleh pemandu kereta di belakang terus segera membunyikan hon agar bapanya tidak meneruskan perjalanan. 


Dalam masa yang sama, si anak cuba mengejar bapanya biarpun terpaksa melintas persimpangan tersebut. Mujur ketika itu tiada banyak kenderaan yang lalu lalang. 


Sebaik saja menyedari anaknya terjatuh, lelaki itu berhenti dan turun dari motosikal dan mendekati anaknya. 


Tanpa diduga, lelaki itu terus menyepak kaki anak perempuannya itu sehingga terjatuh. 


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu, tetapi di media sosial netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menyelar lelaki itu yang langsung tidak mempedulikan nyawa anaknya yang bila-bila masa sahaja boleh dilanggar kereta. 



Bukan setakat itu sahaja, netizen turut mempertikaikan si bapa yang tidak menyediakan topi keledar dan baju hujan untuk anaknya, berbeza dengan dirinya yang lengkap segala-galanya.

Sumber: Twitter Anthrax

About Cite Malaya

Powered by Blogger.