Loading...
TR

'Selang beberapa minit, kepala pening & terus muntah²' - Alami sesak nafas terus selepas cuci bilik air guna Clorox

Penggunaan bahan kimia untuk apa jua aktiviti sekalipun mempunyai kesan dan risikonya apatah lagi pada si penggunanya. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk membaca label pada bahan-bahan yang digunakan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Baru-baru ini seorang wanita mengadu mengalami kesesakan nafas ketika mencuci bilik airnya selepas menuang cecair peluntur atau clorox. Pengadu mengalami kesesakan nafas yang sangat teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 


Mujur pengadu sempat mendapatkan rawatan awal. Disebabkan kejadian itu, pengadu menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila menggunakan cecair tersebut. Sebaik-baiknya, cucilah bilik air menggunakan cecair yang bersesuaian sahaja. Elakkan diri dari mengambil risiko terutamanya jika rumah anda mempunyai anak-anak kecil. 


SERIOUSLY jangan ambil ringan dengan Clorox ni. Serik weh! 


Ceritanya malam tadi, mood rajin tiba-tiba datang. So dengan ringan tangan, sis simbahlah clorox dalam bilik air. Tak adalah banyak pun, dalam separuh cawan kecil sebab bilik air memang dah basah masa tu. Just tuang kat sinki dan bucu-bucu toilet. Nak cuci bilik air la kononnya, rajin tak ada apa nak buat. TV pun cerita entah apa-apa. Baik sis mengemas. 


Sekali selepas simbah cloroz tu, biasanya sis akan biarkanlah dalam 3-4 jam lebih kruang. Tapi hari ini pula nak malang, konon nak tidur cepat punya pasal (gatal kan, tadi kau nak basuh, sekarang kau nak tidur pula). 


Selepas simbah, teruslah memberus. Sekali tak sampai beberapa minit, dah pedih. Dada dah sakit dan terbatuk-batuk. Paling teruk dah tak boleh nak bernafas! 


Selang beberapa minit, kepala dah mabuk dan muntah-muntah. Terus tekak dah jadi macam berkahak! Seksanya! 


Paru-paru terus jadi sempit sesempitnya dalam masa lima minit je! Serious macam nak putus nafas betul. Saluran pernafasan ini betul-betul stuck dan rasa panas dalam tekak.


Adoi! Dia punya risau jangan cakaplah. Kita dah la tak pandai benda-benda macam ni. Kalau suruh buat account, sis pandai la. Haha!


Ingatkan stay la kejap rehat dalam 15 minit, tengok ada kuranglah. Rupa-rupanya masih lagi sama, lagi tak boleh bernafas. Sampai nak berdiri dan nak berjalan pun tak boleh. Memang dia tak bagi peluang langsung. 


Terus siaps-siap husband bawa pergi MMC. Sampai je, tak sempat nak register, sis dah request terus nak neb! Tak tahan dah. 


Sampai je MMC, terus baring. Doktor check, terus on neb, on drip, masuk air. Masuk ubat melalui drip untuk radang paru-paru.


Nasib baik cepat, nasib baik lepas neb, lepas masuk ubat itu semua oksigen dah jadi okey semula. Masa datang tadi, bacaan oksigen drop terus jadi 90 je. Gila tak sesak nafas. Kalau tak memasal kena refer GH sebab kes clorox macam ni memang swasta tolak. 


Memang selalunya guna clorox ni nak sental bilik air, tapi okey je sebenarnya. Tapi hari ini dah nak malangkan, haish, seriau kejap. 


Seriously baru sedar betapa bahayanya clorox ni. Kalau terhidu macam ni pun dah rasa separuh nyawa. Inikan pula kalau terminum. Nauzubillah! 


Berhati-hatilah. Kalau terhidu dan rasa sesak nafas ke, pening ke, cepat-cepat pergi ke hospital. Ingat ye, even kita terbau je sekali pun, clorox ini boleh menyebabkan kerosakan pada tisu paru-paru dan boleh menyebabkan maut. 


Sumber: Nur Diyana

About Cite Malaya

Powered by Blogger.